Saturday, September 18, 2010

Nail Watch



In the year 2154, no one will want to wear wristwatches anymore. They'll probably be out of fashion or too bulky for our hands. The in thing will be the nail watch, known as TX54. Well, that's what Timex and design site Core77 think will be the future, according to the global design competition "Timex 2154: The Future of Time". The two held the contest to mark the watch maker's 150th anniversary.

TX54, the runner-up in the event, is a concept watch by three Americans designers: Napoleon Merana, Steffen Schubert, and David Takacs. The nail watch is designed to be hooked to the thumbnail. The user should be able to view the time in the dark just by pressing the tip of the nail. Wearers can also switch between available colors. It is also disposable. One hopes it's waterproof as well, just in case you forget to take it off while you're in the shower.

Although the TX54 is a good concept, I can't imagine how small the numbers are going to be, probably putting a strain on your eyes.

[p/s : ak pun dah x igt ntah mana ak dpt artikel ni, tp yg pastinya, dah lebih setahun dah la.. Just posting k....]

Saturday, July 10, 2010

Hakikat penyakit Riak..

Dipetik daripada : http://www.fitrahpower.com/tazkirah-bersiri/hakikat-penyakit-riak

Pengertian riak

Riak itu ialah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia.

Perkara yang diriakkan oleh manusia;

1- Riak dari segi badan

Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.

2- Riak pada pakaian

Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.

3- Riak dengan perkataan.

Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.

4- Riak pada amalan

Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.

5- Riak dengan ramainya murid dan pengikut.

Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.

Peringkat Riak

1- Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.

2- Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.

3- Riak Jali ( yang terang )
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.

4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.

Bagaimana mengelakkan sifat riak?

Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab
dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang
boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah;
1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk
kelebihan kepada orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur
dan suka berpura-pura.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan
adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.

Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan
hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri
agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan
Allah pada hari akhirat kelak.
3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa
kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.
5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk
menghampirkan diri kepada Allah.
6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.

Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik
dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga
orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat
perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia
sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada
permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu
sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus
sedikit demi sedikit.

Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan
sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong
dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan
riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka
amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka. Wallahua’lam.

Wednesday, June 16, 2010

Perjuangan memerlukan pengorbanan

Perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. adalah menyampaikan dan menegakkan agama Islam. Baginda berjuang sepanjang hayatnya sebagai hamba dan pesuruh Allah. Perjuangan Rasulullah penuh dengan pelbagai contoh pengorbanan. Ramai yang turut berjuang bersama beliau sehingga gugur syahid dimedan perang.
Antara contoh pengorbanan yang terbaik ialah Khunsaa, seorang ibu yang amat istimewa. Beliau telah menghantar empat anak lelakinya pergi berperang bersama Rasulullah dalam perang Al-Qadisiyyah.
Bila diberitahu anak lelakinya yang pertama telah syahid, dia tidak bersedih dan menangis tetapi menghantar pula anak lelakinya yang kedua. Anak kedua ini pun gugur syahid. Tanpa menitiskan air mata beliau menghantar anak lelakinya yang ketiga. Syahid juga anak ketiganya dan beliau teruskan pejuangan dengan menghantar anak lelaki keempatnya. Turut gugur syahid anak ini. Maka syahidlah kesemua empat anak lelakinya yang telah dihantar berperang.
Kali ini beliau menangis teresak-esak apabila diberitahu anak ini turut juga syahid. Setelah ditanya, beliau menjawab dia menangis dan bersedih kerana tidak ada lagi anak lelaki yang boleh dihantar berperang lagi dan berjuang bersama Rasulullah.
Bagaimanakah seorang ibu dan juga seorang wanita yang begitu lemah boleh mempunyai kesanggupan dan kekuatan untuk berkorban sedemikian. Ini suatu pengorbanan yang amat luarbiasa serta diantara taraf dan tahap pengorbanan peringkat yang tertinggi.
Bahkan adik-adiknya yang lain sama sekali tidak gentar dan takut untuk berperang bersama Rasulullah walaupun abang-abangnya semua gugur satu persatu. Di sini terletak pengorbanan dan ketaatan kepada Allah, rasulNya dan ibunya sekali gus. Sungguh amat luar biasa sekali.
Banyak iktibar boleh diperolehi seperti berikut :
1. Pengorbanan seorang ibu demi agama walaupun sayang kepada anak-anaknya.
2. Kasih sayang ibu kepada anaknya walaupun sangat akrab dan kuat tetapi semangat Islam dan berjihad itu lebih kuat menyebabkan ibu itu merelakan anaknya terkorban.
3. Ibu yang sebenar adalah ibu yang menyelamatkan anaknya di dunia dan akhirat.
4. Sejatinya kasih seorang ibu tidak akan memanjakan atau memuakan anak kerana hakikat kasih sayang ialah kemana anak itu akan pergi selepas meninggal dunia.
5. Ibu yang bijaksana akan sanggup mengambil risiko dan melepaskan anaknya walaupun abang-abangnya dah meninggal dunia.
6. Tidak ada kejayaan tanpa pengorbanan dan semangat daya juang yang tulus ikhlas.
7. Tidak ada dukacita dan kebimbangan bagi orang yang berjuang di atas landasan tauhid.

Sunday, May 30, 2010

.: buku pilihan bulan ini:.

Kenali hati seorang lelaki.. bukan untuk dibaca oleh kaum wanita sahaja..

selami hati seorang lelaki...
seorang anak...
seorang ayah...
seorang da`ii
dan seorang hamba-Nya...

selamat membaca..

Apabila pantun dah kena "edit"...

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, "Cash On Delivery"!

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan..

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap


(p/s: utk hiburan semata-mata. Tiada kaitan sama ada yg masih ada atau yg telah pergi buat selamanya)

selamat membaca!!

Friday, April 9, 2010

Marhaban4u.com-Rezeki Baru anda!

Ahlan wahsalan ya marhaban kepada semua, bersempena hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW dan majlis sambutan Maulidurasul yang gilang-gemilang, sebuah program kebajikan ummah dibawah naungan Marhaban4u.com - Rezeki Baru Anda dilancarkan. Program yang berasaskan bantu-membantu dalam memberi khidmat kebajikan kepada ummah disamping memberi pulangan lumayan dan disertakan produk berupa bacaan Al-Quran dan dendangan nasyid terbaru dari kumpulan Rabbani 'Mahabbah' Anda tidak akan rugi kerana modal yang diperlukan hanya RM20 saja. Tiada Risiko! Kini anda mampu untuk memperolehi lebih dari itu dengan

http://www.marhaban4u.com/?ref=4771

Tuesday, February 2, 2010

.:: Sekilas Pandang::.

Tajuk: Anggun di luar, Serlah Pesona dari dalam
Penulis: Ahmad Naim Jaafar
Mohd Ikram Mohd Nor Wazir

Penerbit: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.



Saat diri terasa cantik..Atau sangat cantik..Atau terlebih cantik.. Ketahuilah kecantikan dan keanggunan diri kita yang sebenar.. Jadi, bagaimana caranya untuk menjadi individu yang memiliki kecantikan dan ketampanan sosial? Rahsianya, terangkum dalam tiga konsep, iaitu:

1. Pencernaan dari dalam diri iaitu termasuk mengenali diri sendiri dan pengurusan hati
2. Penampilan iaitu termasuk komunikasi lisan dan seni memuji
3. Perhubungan iaitu termasuk menanggani konflik dan menguasai impresi pertama


~ selamat membaca & selamat beramal~