Monday, February 28, 2011

Wasiat yang Tujuh

Diriwayatkan oleh Ahmad

"Abu Dzar berkata : Sesungguhnya kekasihku, Rasulullah s.a.w mewasiatkan 7 perkara:

1. Cintailah fakir miskin dan selalulah dekat dengan mereka.
2. Pandanglah orang yang rendah, bukan lebih tinggi dariku.
3. Tidak meminta sesuatu kepada sesiapapun.
4. Sambunglah tali silaturrahim, meskipun telah terputus jauh.
5. Katakan kebenaran walaupun pahit akibatnya.
6. Janganlah takut dicela orang dalam membela agama Allah.
7. Banyakkan mengucap 'Laa Haula wa Laa Quwwata Illa Billah, kerana kalimat itu adalah harta karun di bawah arsy."

Menyambung Tali Silaturrahim

Diriwayatkan oleh Muslim

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:

"Ya Rasulullah. Saya memiliki hubungan kerabat. Saya berusaha menyambungnya, namun mereka justeru memutuskannya. Aku berusaha berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka justeru berbuat jahat kepadaku. Aku bersikap santun dengan mereka, mereka justeru berbuat jahil terhadapku."

Nabi bersabda:

"Kalau kondisimu sebagaimana yang engkau sebutkan, seolah-olah kau memberi mereka makanan dari 'malal', dan Allah akan terus menolongmu mengatasi mereka, selama engkau bertahan seperti itu."

Al-Imam An-Nawawi menyatakan: "Erti 'malal' adalah sejenis pasir panas. Maksudnya, seolah-olah engkau memberi makan pasir yang panas, sakit rasanya. Namun orang yang berbuat baik terhadap mereka tidak akan rugi. Mereka yang justeru menerima dosa besar kerana tidak menjalankan kewajipan mereka secara benar, bahkan menyakiti kerabatnya sendiri."