Thursday, December 31, 2009

YANG MANA SATU PERINGKAT SOLATMU?

1. SOLAT IKUT-IKUTAN
Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Belajar solat secara rasmi mahupun tidak rasmi tak ada. Tiada ilmu tentang solat. Golongan ini tertolak bahkan BERDOSA BESAR dalam hidup dalam keadaan DERHAKA kepada Allah.
2. SOLAT IKUT MOOD

Orang yang mengerjakan solat bahkan tahu ilmu mengenai solat, tapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap solat sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia solat. Kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak solat. Orang ini jatuh FASIK.

3. SOLAT YANG LALAI

Orang yang solat walaupun ilmunya tepat fasih bacaannya tetapi tak khusyuk. Kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham. Fikirannya tak terpusat atau tertumpu sepenuhnya pada solat yang dilaksanakan itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal sahaja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam solat. Orang ini LALAI dalam solat.

4. SOLAT AWAM

Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacan solat, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tapi tak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat AWAMUL MUSLIMIN.

5. SOLAT ORANG YANG LALAI

Golongan ini baik sedikit dari golongan solat awam tetapi main tarik tali dalam solatnya. Sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam solatnya teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba-tiba, maka insaf dan sedarlah semula. Cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solatnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang LEMAH JIWA. Nafsunya bertahap MULHAMAH (menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah. Mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada apa-apa pahala nilai solatnya. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa-apa. Allah belum lagi cinta orang ini.

6. SOLAT ORANG SOLEH

Golongan yang mengerjakan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun dilakukannya atau yang difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya, ia tetap tak kan mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang yang SOLEH atau golongan ABRAR atau ASHABUL YAMIN.

7. SOLAT GOLONGAN MUQARRABIN

Golongan ini seperti juga golongan orang soleh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit. Ia bukan sahaja faham dan tak mengingati dunia dalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap tasbihnya, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya dan setiap gerak geri dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung pada dunia walaupun sedikit. Tapi ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah yang dinamakan MUQARRABIN (paling DEKAT dengan Allah).

8. SOLAT GOLONGAN SIDDIQIN

Golongan ini adalah golongan tertinggi dari seluruh golongan tadi. Ia bukan sahaja menjiwai solatnya malahan ia dapat mempengaruhi di luar solatnya. Kalau dia mempunyai masalah dia akan solat kerana dia yakin solat punca penyelesaian masalah. Ia telah fana dengan solat. Solat telah menjadi penyejuk hatinya. Ini terbukti dalam sejarah seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak di betisnya. untuk mencabutnya, ia melakukan solat dahulu, maka dalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat. Sembahyanglah cara nak melepaskan rindu dan mengadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung tak dihiraukan. Apa nak jadi di sekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhan. Golongan inilah disebut golongan SIDDIQIN. Golongan yang BENAR dan HAQ.

Setelah kita nilai kesemua tadi dapatlah kita nilai solat kita di tahap mana. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhi yang buruk dan mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 6,7, dan 8 sahaja. Jadi di manakan tahap solat kita? Baiki diri mulai sekarang. Jangan tangguh-tangguh lagi. Soalan pertama yang diajukan kepada kita di akhirat nanti . Marilah kita bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman.
Sumber dari buku "Rahsia & Keajaiban Cinta Kepada Allah" karangan Dr. Abdullah Aidh Al-Qarni.

1 comment: